Blog Archive

276 -Ramadan Berbuka Puasa@Swez Brasserie Eastin Hotel (Petaling Jaya)

/
3 Comments
Ps: Kalau lapar, jangan baca blog I ... konfirm LAGI LAPAR!


Ohai , kawan kawan, kali ni kali pertama ku tulis dalam bahasa melayu.
Kalo ada apa apa yang tidak faham, harap maafkan I sebab I tidak fasih Bahasa Melayu, cuma nak cuba sedaya upaya until menghasilkan sebuah blogpost yang dapat menarik kawan-kawan berbangsa Melayu !
Selain daripada makan cuisine Jepun, France, Barat, saya jugak makan makanan orang Melayu, terutamanya pada musim Ramadan. Tentulah air liur kawan kawan dah mula mengalir apabila membaca post yang ni...

Terlebih dahulu, marilah kita buka puasa dengan mata kita dengan buffet yang disediakan oleh Eastin Hotel@ PJ.


Kari Ikan Bawal
Eunice tidak suka makan ikan sebab takut 'bau hanyir' ikan...
Mujurlah bau kari cukup 'kuat' sampai dapat menghilangkan bau ikan ni...



 Burung Puyuh Goreng

Rasanya macam ayam, tapi lebih sedap daripada ayam . Cuma tulangny lebih banyak. 
Ia telah diterap dengan kunyit, halia and beberapa ulas bawang putih yang sudah ditumbuk lumat, lepas tu
Burung Payuh ini direndam dalam minyak panas, bersama-sama dengan daun kari dan cili kering untuk menghasilkan tekstur ranggup dan wangian yang tidak setanding~~~
Daging Rendang
Daging adalah lauk yang mesti ada setiap kali I makan makanan orang Melayu. 
Mujurlah daging yang dihidang hari tu empuk. Rendang tu,rasanya dibuat daripada tumis bawang besar and bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau..... ia rasanya manis, tapi pada masa yang sama, pedas. ;P

Best kalau makan dengan nasi putih..
Nasi Briyani Putih
...ataupun, nasi Briyani Putih..
Terung dalam Kari Dhal
Dhal tidak sebegitu pedas kalau berbanding dengan kari-kari berempah, sesuai untuk kanak kanak dan juga orang dewasa yang tidak suka makanan pedas.
Tapi untuk I, I suka pedas, terutamanya cabai... uhu.. tak hairanlah muka I berjerawat...TT
Tapi I takkan berhenti makanan gemaran I ...hohoh!

 Sotong Masala
Apa yang tinggal dalam ingatan ku adalah, sambal yang digoreng sehingga 'pecah minyak' merupakan teknik yang digunakan untuk menyebab lauk ini begitu penuh dengan aroma. 
Masin, manis dan pedas! 
Uhu..sedapp~


Mee Goreng Anak-ku Sazali
Cuba tengok mee basah tu! Minyaktu yang bersinar-sinar dalam foto gambar I..
you lapar?Hahaha..
Bau kicap manis, bawang putih, dan cebisan sayur, hirisan cili dan udang... elemen-elemen yang simple dapat  menghasilkan mee yang sebegitu sedap, chef ini memang handal!;P

Puyung Madu Goreng Tiga

Kurma Ayam Penang
Kiub ayam rendam dalam kuah lemak... Resipi yang chef guna ini termasuk santan and cili padi, 
tidak boleh dinafikan ia telah membangkitkan selera I hari tu..

Dalcha Rusuk Kambing

Daging Masak Hitam

Kari Ketam Pedas

Kari Ikan Bawal (bujang lapuk)

Sambal Udang

Sotong Masala

Kambing Bakar
 Kambing bakar dengan nasi bukhari juga boleh didapat di Swez Brasserie!



Harap harap post ini dapat 'mencetuskan' seleramu! HOHOHO
Selain daripada menu Ramadan, mereka juga telah menyediakan pastri-pastri yang berpotensi tinggi untuk 'mengurungkan' hati pompuan...(contohnya : Eunice). HAHAHAHA


Tart buah buahan, kek coklat, kek butter, bread pudding..


Setiap lauk ambil sikit, barulah dapat cuba semua!! Kan? ;D
Badan kena jaga sikit ... ;p


Bubur kacang hijau~
Sebagai titik pertamatan buffet ini, kita disuap dengan manisan-manisan tradisional.
Lazat dan enak sekali ...Perut pun kembang, hati lagi puas, apatah yang lebih baik daripada perasaan ni?
;D
Chef Alex Leong dengan 'pose' gayanya


Akhir sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Bulan Ramadan kepada semua kaum Melayu! 
;D 


Adults :RM98++
Children : RM49++

Buy 5 free 1( Only available from 21st Jult - 29th July 2012 )

Eastin Hotel PJ
13, Jalan 16/11,
46350 Petaling Jaya
Selangor.

Contact: 603 - 7628 7397





You may also like

3 comments:

  1. Whoaa... u sudah pergi dulu yea... i hari ini baru dapat invitation ke sini... great at least i dapat preview apa yang i nak makan nanti... good job laaa

    ReplyDelete
  2. aiyo tak ajak .. i pun mau makan la

    ReplyDelete
  3. i was too full for the desserts... just had some spaces for the ice cream tho :P

    ReplyDelete

@EuniceEunny. Powered by Blogger.

Popular Posts

Google Analytic Code